My Add

Wednesday 2 January 2013

Ulama Pas diminta tampil nyata pendirian

KOTA BHARU, SELASA,  01 Januari, 2013: Golongan ulama dalam Pas diminta tampil menyatakan pendirian berhubung tuntutan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, golongan ulama dalam Pas tidak sepatutnya menjadi 'syaitan bisu' sebaliknya sepakat dengan umat Islam lain berhubung penggunaan kalimah tersebut yang tidak boleh dipermainkan kerana sangat mulia.

Malah, beliau yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini juga sudah sepakat agama lain tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

"Dengan sebab itu, saya harapkan ulama Pas janganlah sampai menggadaikan ajaran Islam kerana kepentingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment