My Add

Monday 28 January 2013

Usahawan Tani pasar hasil pertanian RM25.4 juta

KUALA TERENGGANU, AHAD, 27 Januari, 2013: Usahawan Pasar Tani (PT) bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Terengganu telah berjaya memasarkan hasil pertanian bernilai RM25.4 juta sepanjang tahun lepas.

Pengarah FAMA negeri, Hasan Jusoh berkata, ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan berbanding sasaran awal sekitar RM24 juta.

“Tahun ini pula kita sasarkan hasil jualan usahawan pasar tani sebanyak RM26 juta memandangkan beberapa lagi pasar tani baharu akan diwujudkan tahun ini," katanya.

Hasan berkata nilai jualan pasar tani seluruh Terengganu meningkat dari setahun ke setahun iaitu bermula tahun 2007 dengan tujuh buah pasar tani dan hasil sebanyak RM10.8 juta.

Diikuti tahun 2008 (RM11.7 juta), 2009 (RM16.2 juta), 2010 (RM20 juta), 2011 (RM22.6 juta) dan 2012 (RM25.4 juta). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment