My Add

Tuesday 29 January 2013

UUM dan UIAM jadi IPTA baharu yang diberi autonomi

PUTRAJAYA,  SELASA, 29 Januari, 2013: Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi universiti awam terbaru dianugerahkan autonomi pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, anugerah itu diberikan selepas selesai proses audit menggunakan instrumen Code of University Good Governance (CUGG) dan University Good Governance Index (UCGI).

"Saya berharap dengan pemberian autonomi ini, Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mempunyai kesediaan untuk melaksanakan tanggungjawab baharu selaras dengan penurunan kuasa kepada mereka demi kecermelangan IPT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Amanat Tahun Baru Kementerian Pengajian Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment