My Add

Thursday 14 February 2013

2 beranak disamun, anak dirogol

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

BATU PAHAT, RABU, 13 Februari, 2013: Seorang ibu dan anak perempuannya melalui pengalaman tragis selepas rumah mereka dimasuki dua penjenayah yang turut merogol seorang mangsa selepas mengikat dan menyeret kedua-duanya ke dalam hutan berhampiran awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, mangsa berusia 60-an sedang tidur di ruang tamu rumah puABUsaka itu yang dalam keadaan daif bersama anak bongsunya berusia 27 tahun sebelum dikejutkan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain.

Perompak bersenjatakan parang dan pisau itu kemudian memaksa kedua-duanya menyerahkan barangan berharga termasuk wang dan barangan kemas serta mengugut supaya berdiam diri jika tidak mahu dicederakan.

Selepas itu, kedua-dua mangsa diikat dan diseret sehingga 10 meter ke dalam ladang kelapa sawit di belakang rumah serta diasingkan sejauh empat meter setiap seorang sebelum gadis tersebut dirogol. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment