My Add

Thursday 14 February 2013

Muhyiddin terus tunjuk komitmen BN

 *MUHYIDDIN melambaikan tangan ketika tiba untuk mengadakan lawatan setempat dan beramah mesra bersama kaum Cina sempena Tahun Baharu Cina di Taman Maluri Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menunjukkan kesungguhan untuk mendampingi dan mendengar keluhan rakyat apabila mengadakan tinjauan mesra atau 'walkabout' di Pusat Perdagangan Taman Maluri, di sini hari ini.

Tinjauan sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu antara lain menyemarakkan gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) untuk bersama rakyat khususnya komuniti peniaga Cina di pusat perdagangan terbabit yang terletak dalam kawasan Parlimen Titiwangsa.

Kehadiran Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN pada pukul lima petang, disambut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Pengerusi Penyelaras BN Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani serta barisan pemimpin parti komponen lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment