My Add

Saturday 16 February 2013

500 ibu tunggal Sungai Air Tawar tuntut elaun RM100

 *SEBAHAGIAN ibu tunggal dan penduduk Sungai Air Tawar yang menyertai perhimpunan bagi menuntut elaun RM100 sebulan di Sabak Bernam, semalam.

SABAK BERNAM, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Lebih 500 ibu tunggal dari kawasan Sungai Air Tawar mengadakan perhimpunan aman di hadapan Dewan Seri Peladang di sini bagi menuntut elaun RM100 sebulan seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Penyelaras Tuntutan Ibu Tunggal Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, perhimpunan tersebut dibuat bukanlah untuk menimbulkan kekacauan sebaliknya mahu menuntut hak golongan ibu tunggal yang telah dinafikan oleh kerajaan negeri.

"Perhimpunan ini merupakan gerakan kebangkitan ibu-ibu tunggal yang berasa tertipu dengan janji palsu kerajaan negeri yang berdolak-dalik dalam melaksanakan manifesto mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment