My Add

Tuesday, 5 February 2013

61 terima anugerah emas Remaja Perdana Rakan Muda 2012

 *AHMAD Shabery Cheek (tengah) bersama 60 penerima anugerah emas pada Majlis Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2012 Peringkat Kebangsaan di Bangi, Selangor, semalam.

BANGI, ISNIN, 04 Februari, 2013: Seramai 61 remaja menerima anugerah emas pada Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 2012 atas kejayaan mereka mengharungi cabaran menempuhi alam kedewasaan melalui penglibatan secara holistik dan seimbang dalam pelbagai aktiviti.

Aktiviti yang diambil kira untuk anugerah itu membabitkan lima komponen iaitu kemahiran, khidmat masyarakat, rekreasi fizikal, penjelajahan lasak dan projek penempatan.

Kolej Yayasan Saad mencatat kejayaan terbesar apabila mendapat 42 pingat emas dalam anugerah tahunan itu yang dikhususkan kepada remaja berusia antara 14 hingga 25 tahun itu.

Ini diikuti Pejabat Belia dan Sukan Temerloh, Pahang sebanyak 10 emas, Pasukan Klana (B) Laut negeri Kedah (4), Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (2), Persatuan Belia Bersatu Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan (2) dan Pejabat Belia dan Sukan Keningau, Sabah (1).

Anugerah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di Hotel Equatorial, di sini hari ini.

Lebih membanggakan, Ahmad Shabery turut mengumumkan seramai 31 penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka berjaya menerima anugerah gangsa, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang penerima anugerah emas, Iranmal Kasan, 25, berkata, dia menggunakan kemahirannya dalam menimang bola untuk merapatkan diri dan menyumbang kepada masyarakat.

Katanya, dia gemar melakukan khidmat masyarakat dengan mempersembahkan aksi menimbang bola secara sukarela di dalam program-program jemputan selain memberi motivasi kepada golongan muda untuk menceburkan diri dalam perniagaan.

Iranmal yang merupakan pengusaha kafe siber telah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records menerusi dua aksi iaitu menimang bola paling lama, sebanyak 10,306 timangan selama satu jam tiga puluh lima minit dan mencatatkan rekod menimang bola dalam jarak paling jauh, 10.4 kilometer. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment