My Add

Monday 11 February 2013

Aksi kuda Psy pukau warga Pulau Pinang

Oleh ZABRY MOHAMAD, AZELI ALI, MOHD. 
FIRDAUS ISMAIL dan MALNDA ABDUL MALIK

 *PSY berjaya menarik ribuan pengunjung dengan tarian dan lagu Oppa Gangnam Style pada Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, Jalan Air Itam, George Town hari ini. - BERNAMA
 *MERIAH ... Penyanyi Korea, Park Jae Sang atau PSY bersama-sama 12 penarinya menghiburkan pengunjung yang membanjiri pekarangan Kolej Han Chiang, Jalan Air Itam sempena Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional negeri di George Town, Pulau Pinang hari ini. - BERNAMA

PULAU PINANG, ISNIN, 11 Februari, 2013: Buat julung-julung kalinya, penyanyi terkenal, Psy tampil mengadakan persembahan di negara ini sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional (BN) negeri di Kolej Hang Chiang di sini hari ini.

Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-sang muncul di pentas pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari mendapat sorakan gemuruh lebih 80,000 penonton yang hadir sejak awal pagi.

Bersama lebih 10 barisan penarinya, penyanyi berusia 35 tahun itu tampil berpakaian warna putih menghiburkan tetamu dengan lagu Oppa Gangnam Style bersama aksi tarian kuda yang mencetus fenomena di seluruh dunia.

Orang ramai yang menyaksikan persembahannya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengambil peluang merakam gambar penyanyi yang berasal dari Korea Selatan itu.

Psy juga sempat berkomunikasi dengan orang ramai memaklumkan bahawa beliau baru tiba di negeri ini pagi tadi selepas menempuh penerbangan 20 jam dari Brazil.

“Saya meminta maaf kerana membuatkan anda menunggu lama untuk saya menyanyi dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menjemput saya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment