My Add

Wednesday 6 February 2013

Angpau' RM1.03j untuk Parlimen Jelutong

PULAU PINANG, SELASA, 05 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1.03 juta untuk penduduk di Parlimen Jelutong di sini, meliputi pelbagai kumpulan penerima.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebanyak RM600,000 adalah untuk menyelenggara lapan buah flat kos rendah di kawasan itu seperti membaiki lif dan pelbagai kemudahan lain.

Beliau yang kali pertama ke kawasan itu menambah, sebanyak RM200,000 pula akan diagihkan kepada sembilan pertubuhan agama yang menguruskan tokong-tokong dan rumah ibadat di kawasan tersebut.

"Peruntukan ini membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) membantu penduduk terutama di kawasan ini," katanya ketika berucap dalam majlis Sepetang Bersama Rakyat di Taman Desa Green, Jelutong di sini, yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Menurut Muhyiddin, sebanyak RM200,000 diagihkan untuk membaiki 100 buah rumah uzur di kawasan itu manakala sebanyak RM30,000 bakal diberikan kepada tiga persatuan penjaja dan peniaga pasar.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyanggah dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa negara ini menuju ke arah kebangkrapan.

Menurut beliau, dakwaan itu tidak berasas kerana negara mempunyai kedudukan ekonomi kukuh yang dibuktikan menerusi pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Bantuan Awal Persekolahan dan rebat RM200 untuk pembelian telefon mudah alih.

"Saya ingin tegaskan ekonomi negara kita stabil dan sebab itu pelabur asing berani masuk dan menanam modal di sini. Kita ada duit," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment