My Add

Wednesday 6 February 2013

Guan Eng cuba 'kacau' majlis Barisan Nasional

PULAU PINANG, SELASA, 05 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dilihat mempunyai niat tidak baik kerana mahu menimbulkan kekacauan dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri 11 Februari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Agung DAP itu tidak sepatutnya cuba mencetuskan suasana tidak tenteram dalam majlis sambutan perayaan sedemikian yang menekankan semangat keriangan dan perpaduan.

Beliau berkata, Guan Eng perlu menghormati majlis tersebut kerana rakyat termasuk parti politik seperti BN berhak menyambut perayaan itu.

"Macam kerja bodoh. Kenapa mahu timbulkan kekacauan?

"Mungkin niat dia tidak ikhlas kerana tujuannya mahu menimbulkan keadaan tidak tenteram.

"Sebagai tokoh kerajaan negeri, apa yang dibuat (majlis itu) hak kita (BN). Janganlah kacau," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan jamuan makan tengah hari bersama jentera pilihan raya BN negeri di sini hari ini.

Terdahulu beliau mendengar taklimat pilihan raya oleh BN Pulau Pinang sebelum mengadakan perjumpaan dengan pengerusi pusat daerah mengundi (PDM) seluruh negeri.

Muhyiddin mengulas tindakan Guan Eng menyeru orang ramai yang mahu hadir ke majlis berkenaan memakai baju kuning sebagai tanda sokongan kepada himpunan Bersih anjuran pembangkang, hijau untuk alam sekitar dan merah bagi Pulau Pinang.

Pemimpin akar umbi DAP kecewa dengan Guan Eng

Di KUALA LUMPUR, pemimpin akar umbi DAP terus melahirkan rasa kurang senang dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang masih ‘membisu’ dengan isu penggunaan kalimah Allah yang dicetuskan.

Malah Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Sosay berkata, Guan Eng tidak seharusnya mencampurkan isu politik dengan agama kerana tindakan itu boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini selain mengakibatkan percakaran sesama ahli parti pembangkang.

“Mengapa perlu memberi perutusan seperti itu pada Hari Krismas? Bukankah itu hak eksklusif orang Islam, mengapa mahu menyinggung perasaan mereka? Saya bingung dan kecewa dengan ucapan beliau.

“Saya sebagai seorang Kristian yang berpegang teguh dengan agama saya tidak akan sesekali menyukai andai ‘orang luar’ bercakap tentang agama kami. Jangan gunakan agama sebagai sandaran untuk berkuasa dalam politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment