My Add

Wednesday 6 February 2013

Beri surat tunjuk sebab kepada Hadi Awang

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Februari, 2013: Majlis Syura Ulama Pas wajar memberikan surat tunjuk sebab kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas dakwaan melanggar disiplin parti.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, langkah itu perlu kerana tindakan Abdul Hadi mendahulukan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah amat bertentangan dengan dasar serta polisi parti.

Bukan Abdul Hadi sahaja malah beliau berkata, mana-mana pemimpin yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sebelum mengubah kembali keputusan berkenaan selepas majlis syura membuat keputusan juga harus dikenakan tindakan sama.

"Saya fikir Abdul Hadi perlu diberikan surat tunjuk sebab oleh majlis syura kerana beliau telah bertindak sebelum majlis itu membuat keputusan berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment