Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
PASIR MAS, AHAD, 03 Februari, 2013: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal memiliki satelitnya sendiri yang dijadual dilancarkan pada tahun depan bagi mengukuhkan lagi kekuatan dan keupayaan pasukan itu melalui dimensi siber.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, penerokaan dimensi baharu itu amat penting dalam proses pembangunan strategik melalui Pelan Pembangunan Keupayaan Dimensi Keempat ATM (4D MAF).
Katanya, sebelum ini ATM hanya mampu untuk bertempur dalam tiga dimensi iaitu di permukaan termasuk daratan dan air, dimensi udara serta di bawah permukaan air selepas memiliki kapal selam.
"Kita telah menerokai beberapa program sejak beberapa tahun lalu dan sekarang hanya menerus dan melaksanakan program itu.
"Salah satu program di bawah Dimensi Keempat itu ialah Program Pembangunan Network Centric Operations (NCO) bagi tujuan komunikasi dari segi suara, imej dan data," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment