My Add

Friday 22 February 2013

Azizan tetap lantik semula Phahrolrazi

ALOR SETAR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tetap melantik Datuk Phahrolrazi Zawawi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah meskipun hubungan mereka dikatakan dingin terutama selepas krisis terbaharu melanda kepimpinan Pas negeri.

Phahrolrazi dilantik semula ke jawatan berkenaan dengan kekal memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri dalam majlis pelantikan Exco Kedah di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Azizan secara berseloroh berkata, pernah terlintas difikirannya menggugurkan beberapa nama tetapi kemudian berpendapat tindakan itu tidak perlu kerana pilihan raya umum semakin hampir.

“Saya cadang nak buang seorang dua, tetapi ‘biar pi la’ (tidak perlu) sebab setakat dua tiga hari lagi," katanya selepas menghadiri majlis pelantikan Exco berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment