My Add

Friday 22 February 2013

'Kedudukan saya tidak terjejas'


Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
ALOR SETAR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan sekumpulan ahli dan penyokong Pas Kedah yang menggesa Dewan Ulama Pas negeri campur tangan dalam krisis kepimpinan terbaharu parti itu tidak menjejaskan KathmanduHAMIS serta peranan beliau sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kedah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau menegaskan, perkara itu memandangkan pelantikannya ke jawatan tersebut bukan dibuat Dewan Ulama Pas Kedah tetapi oleh Pas Pusat.

Katanya, Dewan Ulama Pas Kedah juga perlu bijak menilai gesaan yang dibuat kumpulan berkenaan yang didakwanya tidak mempunyai jawatan penting dalam parti itu kerana tidak seorang pun daripada mereka bukan ahli jawatankuasa kawasan.

Dakwa beliau, kumpulan itu membuat desakan berkenaan kerana bimbang calon pilihan mereka tidak tersenarai bertanding mewakili Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sehingga cuba mengheret Dewan Ulama negeri campur tangan sedangkan perkara tersebut perlu diserahkan kepada Pas Pusat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment