My Add

Saturday, 2 February 2013

'Barisan ular' kekal di KLIA

*ALIAS Ahmad (kanan) bertanya sesuatu kepada salah seorang penumpang OKU di kaunter Imigresen ketika lawatannya di KLIA, Sepang, semalam.

SEPANG, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Kawalan keselamatan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak akan dilonggarkan walaupun Jabatan Imigresen memperkenalkan piagam 'siap 10 minit' mulai hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, sistem 'barisan ular' umpamanya akan dikekalkan untuk mengelak sebarang penyelewengan ketika proses daftar masuk.

"Melalui sistem 'barisan ular', penumpang yang mendarat di KLIA tidak boleh memilih kaunter daftar masuk khusus, sebaliknya mereka perlu menuju ke kaunter kosong mengikut giliran.

"Sistem barisan ini akan dikekalkan di KLIA walaupun ia mungkin melambatkan proses daftar masuk. 'Barisan ular' merupakan amalan biasa di banyak negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment