My Add

Saturday 2 February 2013

Boleh muflis miliki rumah RM400,000

Oleh GARRET DAWUM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Rakyat berpendapatan rendah di Pulau Pinang mungkin mengalami masalah kewangan sehingga boleh muflis sekiranya memiliki kediaman dengan harga RM400,000.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, harga yang mencecah RM400,000 tidak munasabah jika dikategorikan sebagai rumah mampu milik.

"Rumah mampu milik ialah kediaman yang boleh dimiliki oleh semua golongan. Harga RM400,000 sudah boleh dikategorikan sebagai rumah mewah kerana rakyat berpendapatan rendah sudah tentu tidak mampu membelinya.

"Hakikatnya, harga rumah mampu milik yang ingin dibina perlu sepadan dengan kadar pendapatan isi rumah agar rakyat yang berpendapatan rendah khususnya dapat membuat pembayaran balik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment