My Add

Saturday 2 February 2013

Rokok elektronik dikategorikan gajet komputer - Kastam

 *ZAINAL Abidin Taib (tengah) dan Pengarah Kastam Pahang, Datuk Sarip Ismail (kanan) melihat sebahagian rampasan mercun dan rokok pada sidang akhbar di Kuantan, Pahang, semalam. - BERNAMA

KUANTAN, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan rokok elektronik, e-Cigarette kerana dikategorikan sebagai gajet komputer yang tidak memerlukan permit untuk dibawa masuk ke dalam negara.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, pengimport hanya perlu membuat ikrar sekiranya mahu membawa masuk rokok elektronik tersebut termasuk cecair rokok berkenaan.

"Itu sebab rokok elektronik boleh lepas masuk. Namun perkara ini sedang dalam kajian kementerian terlibat dan kita bersedia bila-bila masa untuk beri kerjasama dalam isu ini," katanya dalam sidang akhbar di Wisma Kastam Negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment