My Add

Wednesday 6 February 2013

Hadi cuba alih isu, salahkan KDN

ALOR GAJAH, SELASA, 05 Februari, 2013: Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat bertanggungjawab menyebabkan DAP terus lantang mempertahankan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam cuba menuding jari menyalahkan pihak lain.

Langkah itu terbukti apabila ketika menyampaikan ceramah di Taman Seri Aman, Masjid Tanah malam tadi, Presiden Pas itu menyalahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal melaksanakan tanggungjawab untuk menghalang percetakan kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah.

"Perkara ini sepatutnya diperjelaskan oleh KDN dan bukan Pas kerana kuasa yang ada kementerian bertanggungjawab memberikan lesen dan mencetak kitab tersebut termasuk Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

"Bukan kami yang menentukan untuk mencetak kitab Bible dalam bahasa Melayu tetapi sebaliknya ia di bawah bidang kuasa KDN," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment