My Add

Saturday, 23 February 2013

BN kemuka calon terbaik PRU-13

 *NAJIB Tun Razak dan Abdul Taib Mahmud bersama pemimpin BN Sarawak melaungkan ''Hidup BN" sebagai simbolik kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya selepas pertemuan dengan Ahli Majlis Tertinggi BN Sarawak serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen BN negeri di Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

KUCHING, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmennya untuk memilih calon terbaik yang diterima rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, komitmen itu adalah bagi menghargai dan meneruskan momentum sokongan serta keyakinan rakyat terhadap dasar transformasi yang diperkenalkan Kerajaan Pusat.

"Kita akan meletakkan calon yang kita rasa boleh diterima oleh rakyat sebab kalau dasar kita dah baik dan rakyat pula yakin, faktor calon pun kita kena ambil kira

"Supaya rakyat senang hati dengan calon-calon yang dipilih BN," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Majlis Tertinggi BN Sarawak serta semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen BN negeri ini di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Timbalannya, Tan Sri William Mawan Ikom.

Mengenai iklim politik di negeri ini, Perdana Menteri berkata, sepanjang lawatan kerjanya bermula petang Rabu lalu, BN Sarawak dilihat melakukan usaha yang membawa kepada tahap kesiapsiagaan terbaik bagi jentera pilihan raya.

Katanya, para pemimpin parti komponen BN Sarawak juga mempunyai semangat yang tinggi untuk menjamin kemenangan besar.

Sambutan rakyat pula katanya, sangat menggalakkan sekali gus menunjukkan keyakinan dasar transformasi kerajaan BN menguntungkan dan menjamin masa depan mereka.

Mengenai pertemuannya bersama Ahli Majlis Tertinggi BN Sarawak, Najib berkata, beliau telah menyampaikan arahan dan harapannya supaya mereka bekerja dengan gigih dan meletakkan komitmen parti mengatasi segala-galanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment