My Add

Saturday 2 February 2013

Penduduk Pokok Asam kecewa sikap pemaju

 *AHLI-AHLI Persatuan Bertindak Kampung Jalan Pokok Asam mengadakan demonstrasi aman membantah pembinaan tambak jalan yang menyekat laluan keluar masuk ke kampung mereka, di Jelutong, Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

PULAU PINANG, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Nasib kira-kira 100 penduduk Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong di sini boleh diibaratkan seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga'.

Sudahlah kediaman bakal diambil oleh pemaju untuk dibangunkan dengan projek kediaman mewah, kini mereka berdepan dengan masalah banjir kilat setiap kali hujan lebat.

Semua itu gara-gara tindakan pemaju membuat kerja-kerja menambak tanah sehingga air hujan sukar mengalir keluar menyebabkannya bertakung lalu membanjir kawasan berkenaan.

Bagi menyuarakan rasa tidak puas hati, mereka mengadakan perhimpunan hari ini bagi membantah tindakan pemaju itu. - UTUSAN
 








No comments:

Post a Comment