My Add

Thursday 21 February 2013

Bukti Kelantan pindah milik tanah di Lembah Sireh

KOTA BHARU, RABU, 20 Februari, 2013: Pertubuhan bukan kerajaan, Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) tampil mengemukakan bukti berhubung dakwaan Kerajaan Pas Kelantan dikatakan memindah milik sebidang tanah di Lembah Sireh dekat sini kepada syarikat pemaju projek bernilai RM2 bilion.

Lebih mengejutkan, syarikat berkenaan dikatakan telah memajakkan pula tanah tersebut selama 99 tahun kepada pemilik sebuah pasar raya yang beroperasi di kawasan itu.

Bagi membuktikan dakwaan itu, Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad turut menunjukkan kepada wartawan sekeping dokumen bertajuk Kaedah Tanah Kelantan, Cabutan Dari Hak Milik.

Menurut Wan Khairul Ihsan, dokumen itu jelas menyatakan tuan punya tanah berkenaan ialah Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco), pemaju projek pembangunan Lembah Sireh yang sehingga kini masih gagal dilaksanakan mengikut jadual. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment