My Add

Thursday 21 February 2013

Usah membisu isu Ladang Rakyat

*WAN Khairul Ihsan Wan Muhammad (tengah) dan Kamarudin Mohd. Kasim (kiri) serta Mohd. Zakri Zaki menunjukkan dokumen berkaitan projek Ladang Rakyat di Kota Bharu, semalam.

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, RABU. 20 Februari, 2013: Kerajaan Pas Kelantan perlu memberi penjelasan bagaimana tanah di lot PT 2543 yang dikatakan telah diberikan kepada 213 penduduk Limau Kasturi, Gua Musang dekat sini, sebagai peserta projek Ladang Rakyat turut diserahkan kepada sebuah syarikat lain.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, penduduk terbabit telah diberi sijil sebagai peserta projek Ladang Rakyat pada 16 Jun 2008.

Namun, katanya, apa yang menjadi kemusykilan ialah tanah sama turut diberikan kepada sebuah syarikat untuk dimajukan dengan projek Ladang Rakyat melalui perjanjian bertarikh 7 Mac tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment