My Add

Thursday 21 February 2013

Tidak tahu apa syarikat buat

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
KOTA BHARU, RABU, 20 Februari, 2013: Kerajaan Pas Kelantan mengakui tidak tahu sama ada syarikat yang terlibat dengan projek pembangunan tanah di kawasan Hulu Kelantan menjalankan kerja mengikut peraturan atau tidak.

Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, pihaknya sudah mengarahkan pegawai terutama daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) membuat siasatan secepat mungkin ekoran pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai isu penggondolan tanah secara besar-besaran di kawasan itu.

Dalam masa sama, kata beliau, pihaknya mengambil berat kajian penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang bimbang ancaman kepada hidupan flora dan fauna khususnya bunga Rafflesia di Tanah Tinggi Lojing.

Namun, Ahmad menafikan pembalakan berlaku di kawasan terbabit kerana kelulusan sudah lama dibekukan sebaliknya mendakwa, gambar yang disiarkan media adalah sebahagian proses tarahan tanah untuk kawasan pertanian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment