Gebengn sediakan hampir 15,000 pekerjaan
KUANTAN, AHAD, 03 Februari, 2013: Kawasan Perindustrian Gebeng di sini menawarkan 14,364 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kemahiran bukan sahaja kepada rakyat Pahang, malah melibatkan tenaga kerja dari seluruh negara.
Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), ini berikutan kawasan perindustrian tersebut antara yang menjadi tarikan utama para pelabur dengan nilai pelaburan dari tahun 1980 sehingga Oktober lalu berjumlah RM18.18 bilion.
Jumlah pelaburan untuk tempoh tersebut di Gebeng itu merangkumi lebih separuh daripada nilai keseluruhan iaitu RM32 bilion manakala RM15.7 bilion adalah pelaburan asing.
"Jika dilihat 10 tahun pertama, sebanyak 22 buah projek dilaksanakan di Gebeng dengan nilai pelaburan RM1 bilion melibatkan 1,863 peluang pekerjaan sahaja, namun jumlahnya terus berkembang dari semasa ke semasa. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment