My Add

Monday 4 February 2013

Kegiatan sedut pasir resahkan penduduk

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

PADANG TERAP, HAD, 03 Februari, 2013: Ketika isu pembalakan di Pedu terus diperkatakan, rakyat negeri ini dikejutkan pula dengan satu lagi isu alam sekitar iaitu kegiatan menyedut pasir yang didakwa dijalankan secara melampau di Sungai Padang Terap di sini.

Meskipun kuari-kuari pasir berkenaan mempunyai permit, kegiatan itu didakwa penduduk dijalankan secara keterlaluan menyebabkan air sungai tercemar, keruh dan berkeladak manakala tebing sungai runtuh serta terhakis.

Aktiviti itu melibatkan kawasan sejauh empat kilometer di sepanjang sungai berkenaan iaitu bermula dari Kampung Lubuk Ipoh hingga ke Kampung Kuala Pai yang terdapat kira-kira lima kuari pasir beroperasi sejak 2009.

Selain itu, Kampung Kuala Kejai, Kampung Kubu, Kampung Macang dan Kampung Tengah turut terjejas menyebabkan hampir 400 keluarga bimbang terhadap impak alam sekitar, ancaman keselamatan dan kemusnahan harta benda yang semakin ketara sejak tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment