My Add

Tuesday 5 February 2013

Geng Sukarman dicekup

Oleh ANGELINA SINYANG

*MOHAN Singh Tara Singh menunjukkan gambar Sukarman Kadir yang diburu bagi membantu siasatan 13 kes pecah rumah di Cheras dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Rahsia tiga lelaki dan seorang wanita yang tinggal serumah di Jalan Batu Nilam 1, Bandar Bukit Tinggi, Pelabuhan Klang dekat sini, mampu hidup bersenang-lenang tanpa perlu bekerja, terbongkar apabila tiga daripada mereka dicekup oleh polis baru-baru ini.

Hasil siasatan mendapati, mereka rupa-rupanya melakukan aktif melakukan pecah rumah dan melarikan barang berharga mangsa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan dilakukan oleh kumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Sukarman' itu telah menggerakkan operasi khas dinamakan 'Pasukan Khas Pintu dan Rentap' diketuai Asisten Supritendan Ong Seng Keong untuk memburu suspek pada 19 Januari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment