My Add

Tuesday 5 February 2013

Jangan hanya jadi juara kampung

*UHYIDDIN Yassin menyerahkan Piala Order of Merit PGM kepada Nicholas Fung (tengah) sambil diperhatikan oleh Ahmad Sarji Abdul Hamid semasa pelancaran Buku Tahunan Jelajah PGM 2012 di Kelab Golf Kinrara dekat Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR. ISNIN, 04 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak pemain golf tempatan memandang ke depan untuk mencipta nama di pentas antarabangsa dan tidak hanya berpuas hati sebagai ‘jaguh kampung’ semata-mata.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, beliau gembira kerana ramai rakyat tempatan yang semakin meminati sukan golf.

“Ini disebabkan banyaknya pembangunan lapangan golf di negara ini yang disumbangkan oleh persekitaran ekonomi negara yang kukuh dan kuasa beli rakyat yang baik berdasarkan indikator Keluaran Negara Kasar (KNK).

“Namun, bagi pemain golf tempatan, mereka perlu berpandangan jauh. Tak boleh puas hati dengan gelaran jaguh kampung. Mesti mendambakan kejayaan serta menjadi pesaing di peringkat dunia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran Buku Tahunan Jelajah Golf Profesional Malaysia (PGM) edisi 2012 di Kelab Golf Kinrara dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Buku tahunan tersebut mengandungi rekod kejayaan, kedudukan serta sorotan 20 siri jelajah golf sepanjang tahun lalu.

Dalam majlis sama, Muhyiddin menyerahkan hadiah Order of Merit kepada Nicholas Fung yang membolehkan juara Jelajah PGM tahun lalu itu mengendalikan klinik golf kepada peserta di Kelab Golf Kinrara.

Beliau turut menyampaikan sijil kepada sembilan pelatih yang menamatkan latihan golf selama enam bulan di Peak Performance Golf Academy.

Majlis ringkas itu juga menyaksikan penyerahan pemilikan akademi berkenaan yang dibina oleh I&P Group kepada PGM.

Muhyiddin berkata, bagi pemain muda pula, mereka perlu mengekalkan disiplin termasuk membina kekuatan minda dan fisiologi selain pemahaman yang tinggi terhadap sukan golf. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment