My Add

Tuesday 5 February 2013

Polis tumpaskan Geng Heng Tai

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Februari, 2013: Sepasang kembar lelaki membuktikan mereka memang 'sehati sejiwa' apabila ditangkap bersama kerana terlibat dalam jenayah curi kenderaan.

Dua beradik berusia 27 tahun berasal dari Raub, Pahang itu ditahan polis bersama seorang sepupu lelaki dalam serbuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di Jalan 3/125 Desa Petaling di sini pada pukul 9.30 malam, 22 Januari lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemukan enam kereta bernilai kira-kira RM250,000 dipercayai dicuri oleh ketiga-tiga suspek yang dikenali sebagai 'Geng Heng Tai' (kumpulan adik-beradik).

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh (gambar) berkata, polis mula menjalankan siasatan dan intipan terhadap suspek setelah mendapat maklumat mengenai kegiatan jenayah mereka daripada orang awam pada 21 Januari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment