My Add

Saturday 16 February 2013

Geng Wak Paksa curi kenderaan lama diberkas

 *ARJUNADI Mohamed (kiri) menunjukkan kereta curi yang dirampas polis
 pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA, JUMAAT, 15 Febuari, 2013: Kebiasaannya sindiket curi kenderaan lebih berminat melarikan kereta mewah, namun keadaan sebaliknya dilakukan oleh sekumpulan penjenayah dikenali 'Geng Wak Paksa' kerana hanya memilih kereta dan lori lama sebagai sasaran.

Sindiket dianggotai lima lelaki tempatan dan tiga lelaki rakyat asing berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu dikesan aktif mencuri kenderaan lama yang berusia lebih 10 tahun bagi mendapatkan besi buruk dan alat ganti untuk dijual.

Bagi mengelak ditahan semasa melarikan kenderaan yang dicuri, suspek sengaja meletakkan baju hujan polis yang dilipat dalam kereta atau lori tersebut.

Setelah terlibat dalam 27 kes curi kenderaan, 'Geng Wak Paksa' yang diketuai seorang lelaki warga asing bernama Paksa akhirnya berjaya ditumpaskan oleh polis baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment