My Add

Saturday 16 February 2013

Motif dendam: Pesara tentera mati ditembak, ditetak dua lelaki

BACHOK, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Seorang pesara tentera mati selepas ditembak dan ditetak dua lelaki ketika mangsa sedang menjamu selera di sebuah warung di Kampung Kemasin, dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 9 pagi, ketika mangsa, Sauti Muda, 57, bersama isterinya, Sarina Muda, 40, sedang menikmati nasi bungkus di ruang hadapan warung, berhampiran rumah mereka bersama beberapa penduduk.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, maklumat awal mendapati dua suspek yang menaiki motosikal telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dalam jarak kira-kira enam meter menyebabkan mangsa lari menyelamatkan diri dengan melompat ke dalam warung berkenaan.

"Tidak puas dengan itu, salah seorang lagi suspek mengejar mangsa dan menetaknya dengan pedang yang dibawa mereka sebelum bertindak meninggalkan lokasi kejadian apabila melihat Sauti cedera parah," katanya kepada pemberita ketika ditemui ditempat kejadian di Kampung Kemasin, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment