Karpal dicabar ambil tindakan terhadap ahli Pas
SHAH ALAM, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar supaya mengambil tindakan terhadap ahli Pas yang memijak bendera DAP dalam satu demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekarang sudah terbukti bahawa tiga individu yang memijak bendera DAP itu adalah ahli Pas dan bukan seperti yang didakwa oleh Karpal sebelum ini.
Beliau berkata, sebagai seorang peguam, Karpal seharusnya tahu undang-undang dan cara untuk mengambil tindakan terhadap tiga individu berkenaan dan jangan pula berdiam diri kerana yang terlibat adalah sekutu sendiri.
''Sebelum ini Karpal mendakwa tiga individu berkenaan bukanlah ahli Pas, namun kami telah menyiasat dan mengenal pasti individu terbabit memang ahli Pas di Pulau Pinang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment