My Add

Saturday, 23 February 2013

Guan Eng didesak perjelaskan kedudukan DAP

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Naib Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan meminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan sama ada parti itu sah atau tidak daripada segi Akta Pertubuhan 1966 selepas pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), Disember lalu.

Berikut adalah kenyataan penuh Ramanan:

1. Kita minta Lim Guan Eng perjelaskan sama ada parti DAP sah atau tak sah daripada segi undang-undang Akta Pertubuhan 1966 selepas persidangan pemilihan CEC dan pelantikan jawatan-jawatan tertinggi pada 15 dan 16 Disember lalu.

Kita bertanya persoalan ini sebab ramai ahli DAP menganggap DAP sudah tidak sah lagi. Jika benar, maka Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu ambil tindakan undang-undang sama ada untuk gantung atau de-register DAP. ROS kena tegas dalam perkara ini.

2. Pemimpin DAP sentiasa melaungkan ketelusan pagi, petang, siang dan malam terhadap Barisan Nasional dan Kerajaan Pusat. Saya amat yakin ini adalah laungan orang hipokrit atau sour grapes. Apabila mendapat kuasa mereka sanggup menindas ahli-ahli mereka sendiri.

3. Apakah sikap diam diri dan bisu oleh pemimpin utama DAP disebabkan semua aduan yang dibuat oleh ahli parti DAP itu benar? Saya yakin aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP kepada ROS memang ada asas, maka ROS mesti bertindak segera. Saya berasa amat hairan apa sebabnya seramai 753 perwakilan tidak hadir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment