My Add

Wednesday 6 February 2013

Lagi penyokong Pas bantah isu kalimah Allah

 *SEKUMPULAN pemuda dipercayai penyokong Pas memijak poster gambar Lim Guan Eng dalam satu demonstrasi membantah DAP dan PKR dalam isu kalimah Allah di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kemaman, Terengganu, semalam.

KEMAMAN, SELASA, 05 Februari, 2013: Bantahan secara terbuka penyokong Pas terutama kalangan muda terhadap sikap pemimpin parti dukungan mereka berhubung isu kalimah Allah menular ke daerah ini dengan sekumpulan 30 orang mengadakan himpunan aman di sini hari ini.

Mereka berkumpul di pekarangan masjid Sultan Ahmad Shah selepas solat Zuhur sambil membawa sepanduk-sepanduk mempersoalkan pendirian Pas yang tidak menentu dan menyelar DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertegas mahu membenarkan kalimah itu digunakan bagi agama-agama lain di negara ini.

Wakil mereka, Mohd. Firdaus Harun, 26, berkata, mereka berasa tertipu dan mahu pemimpin Pas tidak berdolak-dalik dengan menggunakan pelbagai hujah untuk akhirnya tunduk kepada parti-parti dalam pakatan pembangkang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment