My Add

Saturday 23 February 2013

KDN serah kepada Wisma Putra lanjut tempoh pengusiran

KLUANG, SABTU, 23 Februari, 2013: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra untuk membincangkan permintaan kerajaan Filipina yang mahu melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh yang dipercayai Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu, Sabah selepas tempoh yang diberikan tamat semalam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagaimanapun pihaknya tidak akan menyekat tugas pasukan polis untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga maruah dan keselamatan negara ketika ini.

"Sebagai kerajaan yang prihatin, Malaysia tidak menolak permintaan itu kerana ia bertujuan mendapatkan penyelesaian tanpa pertumpahan darah namun tempoh yang diminta haruslah munasabah.

"Kalau mahu minta masa, janganlah lama-lama sangat, biarlah ia munasabah kerana kita juga ada had dan perlu mempertahankan kedaulatan negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat pilijan raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Sembrong di sini hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment