My Add

Monday 18 February 2013

Hormati keputusan pemimpin pembangkang

PULAU PINANG AHAD, 17 Februari, 2013: Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta semua pihak termasuk ahli serta Majlis Syura Ulama Pas menghormati pendirian tiga pemimpin pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti yang dicapai dalam mesyuarat pada 8 Januari lalu.

Menurutnya, pendirian yang membenarkan kalimah berkenaan digunakan oleh bukan Islam dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mewakili suara majoriti melibatkan semua parti dalam pakatan itu.

Katanya, pakatan pembangkang tetap berpegang kepada keputusan berkenaan iaitu penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat ia tidak disalahgunakan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment