My Add

Tuesday 5 February 2013

Jangan gadai masa depan negara kerana janji pembangkang - Shafie Apdal

MARAN, SELASA, 05 Februari, 2013: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta rakyat Malaysia mencontohi keadaan di sesetengah negara yang kini menanggung akibat taksub janji manis pihak yang mahu berkuasa.

Katanya, rakyat di negara berkenaan menderita kerana negara mereka huru-hara.

Justeru, rakyat di negara ini perlu rasional dan berfikiran terbuka serta tidak menerima bulat-bulat segala dakwaan pembangkang yang memang kerjanya menyalahkan kerajaan, katanya.

"Itulah dia pembangkang. Semua yang dilaksanakan kerajaan biarpun memberikan kebaikan dan manfaat besar kepada rakyat dinafikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penggunaan Bahan Rangsangan Lateks Peringkat Nasional 2013 di sini semalam.

Mohd. Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, matlamat pakatan pembangkang hanya untuk mengambil alih kerajaan, sedangkan setiap parti mempunyai agenda sendiri yang sudah pasti akan menghuru-harakan keadaan negara jika mereka memerintah.

"Belum lagi memerintah, yang satu nak pemerintahan dan undang-undang secara Islam dan yang satu lagi mahukan hak sama rata untuk semua kaum, ini jelas meunjukkan bahawa mereka tidak sekata," katanya.

Mohd. Shafie berkata, berbanding pembangkang, Barisan Nasional mempunyai perancangan pembangunan yang disokong semua parti komponen, sekali gus memastikan kelancaran pelaksanaannya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment