My Add

Friday 22 February 2013

JPAM pastikan 640,000 anggota, sukarela mengundi KUALA LUMPUR 22 Feb - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan memastikan kira-kira 640,000 anggota yang layak termasuk anggota sukarelanya di seluruh negara menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia dengan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan berkata pada ketika ini jabatan itu sudah mula memantau, mengenal pasti dan melihat senarai status setiap anggotanya dalam memastikan mereka menunaikan hak masing-masing. "Kita juga perlu bantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pastikan anggota dan sukarela kita sendiri turun dan laksanakan tanggungjawab mereka dalam usaha menambah undian dalam kalangan sukarelawan ini. "Mungkin orang politik, macam ketua bahagian dah panggil dah...Kita hanya bantu sahajalah untuk pastikan anggota kita tidak terkecuali dari berbuat demikian (mengundi)," katanya. - BERNAMA Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130222/dn_24/JPAM-pastikan-640000-anggota-sukarela-mengundi#ixzz2Lc8G2lyT © Utusan Melayu (M) Bhd

JPAM pastikan 640,000 anggota, sukarela mengundi

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan memastikan kira-kira 640,000 anggota yang layak termasuk anggota sukarelanya di seluruh negara menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia dengan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPAM, Selamat Dahalan berkata pada ketika ini jabatan itu sudah mula memantau, mengenal pasti dan melihat senarai status setiap anggotanya dalam memastikan mereka menunaikan hak masing-masing.

"Kita juga perlu bantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk pastikan anggota dan sukarela kita sendiri turun dan laksanakan tanggungjawab mereka dalam usaha menambah undian dalam kalangan sukarelawan ini.

"Mungkin orang politik, macam ketua bahagian dah panggil dah...Kita hanya bantu sahajalah untuk pastikan anggota kita tidak terkecuali dari berbuat demikian (mengundi)," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment