GEORGE TOWN, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) yakin Malaysia mampu mencapai kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) lebih lima peratus pada tahun ini atau lebih baik berbanding tahun lepas.
Beliau berkata, keyakinan itu berdasarkan kejayaan pelbagai projek transformasi yang diusahakan kerajaan seperti Program Tranformasi Kerajaan (GTP) dan Projek Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilihat mampu mengekalkan momentum untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
"Beberapa KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) telah mempengaruhi pertumbuhan tahun lepas. Penggunaan semua inisiatif yang telah kita ambil. Setiap kali kita beri BR1M, ia mewujudkan kesan pengganda. Disebab kita bagi RM500, orang pergi ke kedai berbelanja ... wang beredar (dalam pasaran).
"Bagi kita, ia adalah berita baik. Untuk ketiga-tiganya, pelaburan, penggunaan dan perdagangan. Kita lakukannya dengan baik.
"Saya fikir pertumbuhan tahun ini akan melebihi lima peratus, malah boleh menjadi lebih baik daripada tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.
Rabu lepas, Bank Negara mengumumkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 6.4 peratus pada suku keempat tahun lepas menjadikan ekonomi negara berkembang 5.6 peratus tahun lepas berbanding 5.1 peratus pada 2011.
Menurut firma penyelidikan Alliance Research, angka itu juga lebih kukuh berbanding unjuran pasaran lima peratus serta unjurannya sendiri.
Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata, ekonomi negara yang kini berada pada tahap memberangsangkan membolehkan kerajaan meneruskan pelbagai program bantuan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat pada masa depan.
"Keadaan ekonomi sudah elok, sudah baik. Ini memberi kita peluang untuk menggunakan lebih wang yang kita dapat dari ekonomi yang begitu subur...untuk memberi bantuan kepada rakyat supaya rakyat dapat hidup lebih selesa," katanya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment