My Add

Friday 15 February 2013

Kajian mendapati rakyat Malaysia yakin PRU-13 telus

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapari majoriti rakyat Malaysia memberi reaksi positif terhadap peranan suruhanjaya itu dalam menguruskan pilihan raya di negara ini.

Ia hasil kajian pandangan masyarakat terhadap SPR yang dijalankan Majlis Profesor Negara (MPN) melibatkan 3,756 responden yang dijalankan dalam tempoh lapan bulan.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN, Prof. Dr. Mansor Mohd. Noor berkata:

"Kajian itu mendapati lebih 70 peratus kaum Melayu dan India mengakui SPR menguruskan pilihan raya umum dengan adil, bersih dan telus. Kaum Melayu yang mewakili 76 peratus dan India 83 peratus juga yakin Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diuruskan dengan telus.

“Meskipun daripada hasil kajian itu kita dapati masyarakat Cina hanya sekitar 50 peratus sahaja yakin dengan SPR, tetapi itu petunjuk yang baik," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya anjuran MPN di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment