My Add

Saturday 16 February 2013

Karpal jangan sibuk campur politik dalaman Pas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Karpal Singh diingatkan tidak perlu sibuk dengan politik dalaman Pas sebab kedudukannya sebagai Pengerusi DAP pun belum tentu sah, kata bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD Johari Yasin.

Berikut adalah kenyataan penuh Johari:

''Atas kapasiti apa yang beliau hendak buat komen untuk paksa orang Melayu terima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri? Atas kapasiti apa Karpal mahu paksa orang Melayu dan Islam ikut cakap dia pasal kalimah Allah?

2. Karpal Singh perlu selesaikan masalah pemilihan semula CEC yang dianggap tidak sah oleh ramai ahli DAP. Jika pemilihan CEC tidak sah, jawatan Karpal sebagai Pengerusi pun tidak sah juga. Maka Karpal Singh hanya bercakap atas kapasiti seorang individu sahaja dan bukan suara rasmi parti DAP.

3. Karpal Singh janganlah pura-pura buat tidak tahu fakta sebenar tentang kesahihan CEC dan juga kesahihan jawatan beliau sebagai Pengerusi. Ramai peguam dalam negara ini sudah tahu hakikat sebenar tentang kedudukan beliau mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966. Karpal jangan anggap beliau 'above the law'. DAP perlu buat pemilihan semula untuk membetulkan pelantikan Karpal sebagai Pengerusi parti DAP." - UTUSAN

No comments:

Post a Comment