My Add

Saturday 23 February 2013

Keceluparan Mursyidul Am Pas akibat terlalu merajakan politik

KOTA BHARU, JUMAAT, 22 Februari, 2013: "Ini adalah satu penghinaan luar biasa dan sangat biadab daripada seorang tok guru kepada rakyat Kelantan."

Demikian reaksi spontan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat seperti 'haiwan yang diberi makan'.

Katanya, keceluparan Menteri Besar itu secara tidak langsung mendedahkan identiti sebenarnya, di samping gagal menterjemahkan ciri-ciri khalifah yang menjadi perjuangan Pas selama ini.

"Saya percaya kata-kata hina itu tidak pernah keluar daripada mulut Rasulullah SAW, para sahabat, khalifah dan ulama silam ketika diamanahkan menjadi seorang pemimpin.

"Inilah rosaknya ulama bila masuk politik, kemudian meletakkan politik lebih tinggi daripada agama. Kalau dia (Nik Abdul Aziz) benar-benar ikhlas, lebih mengutamakan rakyat, dia tidak akan celupar begitu.

"Tapi oleh kerana terlalu merajakan politik, dia bimbang bantuan Kerajaan Pusat akan menghakiskan sokongan rakyat kepadanya memandangkan kerajaannya tidak mampu melaksanakan itu semua," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment