My Add

Monday 4 February 2013

Republik Kyrgyz harap BN kekal tadbir Malaysia

 *WAN Junaidi Tuanku Jaafar (lima dari kiri) menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa bagi Perhubungan Antarabangsa Republik Kyrgyz, Kanybek Imanaliev (lima, kanan) semasa beliau dan rombongannya melakukan kunjungan hormat di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 04 Febuari, 2013: Republik Kyrgyz berharap Barisan Nasional (BN) akan kekal sebagai kerajaan pemerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-13, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Harapan tersebut disuarakan oleh delegasi republik itu yang mengadakan kunjungan hormat ke atas Wan Junaidi di bangunan Parlimen hari ini.

"Mereka juga berharap pilihan raya kita akan berjalan lancar dan BN kekal mentadbir negara," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu yang berlangsung lebih sejam.

Delegasi 10 orang itu terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa bagi Perhubungan Antarabangsa Republik Kyrgyz, Kanybek Imanaliev; Pengerusi Jawatankuasa bagi Pendidikan, Sains, Budaya dan Sukan Republik Kyrgyz; Kanybek Osmonaliev; Pengerusi Jawatankuasa bagi Dasar Fiskal Ekonomi Republik Kyrgyz, Karganbek Samakov beserta empat Anggota Parlimen, dua Pegawai Parlimen dan seorang kakitangan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.

Wan Junaidi berkata Republik Krygyz juga berminat menjadikan Malaysia sebagai model terbaik bagi sebuah negara Islam yang mengamalkan kesederhanaan, namun tetap berjaya melakar pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

"Mereka kagum dengan Malaysia yang mereka sifatkan sebuah negara Islam yang maju, dinamik dan sebab itu mereka ingin tahu apakah resepi kejayaan kita," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment