My Add

Sunday 10 February 2013

Kemudahan untuk 6,400 pelajar Malaysia di Jakarta ditingkatkan

JAKARTA, AHAD, 10 Februari, 2013: Kemudahan untuk 6,400 penuntut Malaysia di sini ditingkatkan lagi dengan pembukaan Dewan Malaysia yang lebih selesa di sini, Selasa ini.

Bangunan Dewan Malaysia itu yang dimiliki kerajaan akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena lawatan kerja beliau di sini.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata Dewan Malaysia itu akan memberi manfaat besar kepada seluruh penuntut Malaysia di sini khususnya bagi mereka melaksanaan kegiataan persatuan dan keramaian.

Bangunan berkenaan yang terletak di Jalan Hos Cokroaminoto di pusat bandar raya ini juga melambangkan keakraban pemimpin kedua-dua negara kerana semua urusan kelulusan pihak berkuasa diperoleh mengikut jadual.

"Perasmian Dewan Malaysia memberi nilai tambah kepada lawatan Timbalan Perdana Menteri kali ini selain mengukuhkan hubungan bidang akademik, agama dan rakyat kedua-dua negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhyiddin juga akan menyampaikan bantuan kerajaan berjumlah RM71,000 kepada 71 penuntut yang terjejas akibat banjir di sini baru-baru ini.

Dewan berkenaan mempunyai 21 bilik menempatkan 58 katil yang boleh digunakan sebagai tempat persinggahan pelajar luar kawasan yang berada di Jakarta atau penginapan sementara mereka yang menghadapi masalah tempat tinggal.
Pada masa ini, penuntut Malaysia di sini menggunakan dewan di Kedutaan Malaysia di Jakarta untuk menganjurkan majlis tetentu atau meraikan wakil pelajar dari negara lain.

Malam esok, Muhyiddin dijangka menghadiri majlis.makn malam bersama rakyat Malaysia di sini sebelum berucap pada Sidang Meja Bulat Gerakan Kesederhaan Global pada Selasa.

Muhyiddin diiringi isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - BH

No comments:

Post a Comment