My Add

Monday 11 February 2013

Saya mahu buat kelainan melalui video klip Tahun Baru Cina: Najib

 *NAJIB bersama petugas media Pulau Pinang , malam ini.
 - Foto Syarafiq Abd Samad
GEORGETOWN AHAD, 10 Februari, 2013: "Saya mahu membuat kelainan melalui video klip sambutan Tahun Baru Cina yang disiarkan di televisyen bagi menunjuk betapa saya menghargai budaya orang Cina," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pembabitan dirinya sendiri yang bermain gendang Cina dalam video klip selama seminit itu adalah bagi menunjukkan penghormatan ke atas masyakarat Cina.

"Semua yang hadir hari ini berpeluang menyaksikan video klip yang dibuat oleh saya bagi menunjukkan kelainan yang berbeza tahun ini dan memberi makna saya sebagai PM boleh bersama dengan komuniti Cina.

"Malah penghormatan yang saya berikan ini...saya juga mahu komuniti Cina menghargai dan menghormati budaya Melayu dan India," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 400 tetamu pada Malam Media Tahun Baru Cina bersama Perdana Menteri di sini. - BH

No comments:

Post a Comment