My Add

Thursday 14 February 2013

Kenyataan Ketua Polis Negara, pencerobohan kumpulan bersenjata

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Februari, 2013: ADALAH dimaklumkan bahawa pada pagi Selasa 12 Februari 2013, sekumpulan orang asing yang bersenjata api telah menceroboh masuk ke kawasan Lahad Datu, Sabah. 

Kemasukan ini adalah berikutan daripada masalah yang berlaku di Selatan Filipina.

Pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletakkan senjata serta menyerah diri.

Keadaan kini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang, demikian kenyataan Ketua Polis Negara, Tani Sri Ismail Omar, hari ini. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment