My Add

Wednesday 6 February 2013

Pas jangan tunduk desakan DAP

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Februari, 2013: Pas atau Majlis Syura Ulama diminta tidak tunduk, sebaliknya berpendirian tegas dengan tidak sekadar memberi amaran kepada DAP berhubung isu kalimah Allah.

Menurut bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad, apa yang boleh dilakukan Majlis Syura Ulama bukannya mengkaji penggunaan kalimah Allah itu sebaliknya mengkaji hubungan Pas dalam pakatan pembangkang.

“Majlis Syura Ulama perlu mengambil pendirian tegas berhubung penggunaan isu kalimah Allah ini kerana amaran demi amaran yang dikeluarkan tidak boleh melembutkan puak DAP.

“Apabila amaran ini diperlekeh, Pas perlu keluar dari pakatan untuk elak unsur-unsur subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, beberapa bekas pemimpin Pas menyifatkan kelantangan Karpal berterusan mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama Pas dalam isu kalimah Allah adalah disebabkan kelemahan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri selaku presiden parti itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment