My Add

Monday 4 February 2013

Mati ditembak selepas hadiri perbicaraan

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

*PASUKAN polis memeriksa kereta jenis Honda Accord yang dipandu oleh mangsa, S. Saravanan, 39 yang mati ditembak tidak lama selepas menghadiri satu perbicaraan kes samun di mahkamah, dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat kawasan industri Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA, ISNIN, 04 Februari, 2013: Seorang lelaki yang baru selesai menghadiri perbicaraan kes samun di Mahkamah Sesyen di sini, mati ditembak oleh individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Kawasan Perindustrian Ayer Keroh hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika mangsa, S. Saravanan, 39, yang memandu kereta jenis Honda Accord bersama rakannya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Tiba-tiba muncul dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal Honda EX5 berhenti di sebelah kanan kereta dipandu mangsa.

Salah seorang daripada suspek melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai leher dan bahu kanan mangsa mengakibatkan Saravanan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, mangsa yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang merupakan tertuduh kes samun datang ke Melaka untuk menghadiri perbicaraan di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment