My Add

Monday 4 February 2013

Tahanan Puspen Gambang mati selepas bergaduh

KUANTAN, ISNIN, 04 Februari, 2013: Seorang tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Gambang di sini maut selepas bergaduh di dalam sel semalam.

Insiden itu dipercayai bermotifkan dendam menyebabkan mangsa seorang lelaki berusia 31 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gambang di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pukul 7.45 malam sebelum bergegas ke pusat berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku bermula daripada mangsa yang menyepak kaki suspek berusia 40an menyebabkan suspek tersebut marah lalu menghentak kepala mangsa ke dinding.

"Selain itu, suspek terlibat mengambil tali dan bertindak menjerut leher mangsa sehingga tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment