Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Misteri bau busuk dari sebuah rumah di tingkat 23, Kondominium Pearl Point di Jalan Klang Lama di sini, terbongkar setelah polis menemukan mayat reput dipercayai mangsa bunuh hari ini.
Polis yang menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11 pagi ini, telah membuat pemeriksaan dan menemukan satu mayat terbaring dalam keadaan mengiring di lantai bersebelahan mangkuk tandas di sebuah bilik mandi di kediaman berkenaan.
Siasatan awal polis mendapati, keadaan dalam kondominium yang berselerak itu mungkin dijadikan makmal mini memproses dadah berikutan penemuan sejumlah serbuk dan pil disyaki dadah serta dokumen urus niaga bahan terlarang itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mayat yang belum dikenal pasti jantina itu dibungkus plastik dan diikat kain, manakala kepalanya ditutup dengan seekor patung beruang.
Beliau berkata, polis tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri bersama mangsa tetapi siasatan akan dijalankan secara menyeluruh termasuk meneliti laporan kes orang hilang yang dilaporkan baru-baru ini.
"Polis percaya mangsa mati sejak empat hari lalu di dalam kediaman yang berkunci dari luar itu dan jantina mangsa tidak dikenal pasti memandangkan keadaan mayat yang sudah reput tetapi mangsa mungkin berusia antara 25 hingga 30 tahun.
"Siasatan di tempat kejadian menemui sejumlah serbuk dan pil dipercayai dadah serta dokumen berkaitan urus niaga dadah di ruang dapur," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian dan siasatan belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa dibunuh di lokasi berbeza.
Katanya, polis akan mengambil keterangan beberapa penghuni lain yang tinggal di kawasan kondominium itu dan meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi membantu siasatan.
"Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment