My Add

Saturday 2 February 2013

Murid 11 tahun dirogol bergilir

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

BALIK PULAU, JUMAAT, 01 Februari, 2013: Hasrat seorang murid perempuan berusia 11 tahun ingin berjumpa dengan rakan lelakinya yang baharu dikenali empat bulan lalu, berakhir dengan tragedi apabila dia menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh suspek dan tiga lelaki lain, Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa dan rakan perempuannya yang juga berusia 11 tahun pergi ke sebuah rumah kosong di Air Putih di sini setelah mengatur pertemuan, namun terkejut apabila terdapat lapan lelaki di dalamnya.

Mangsa kemudian ditarik oleh empat lelaki ke dalam sebuah bilik dan dipaksa menanggalkan pakaian manakala rakannya hanya menunggu di luar.

Mangsa bagaimanapun enggan berbuat demikian menyebabkan keempat-empat lelaki berkenaan membogelkannya lalu merogolnya secara bergilir-gilir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment